Wednesday

HI-TEA QS 2017

        Bagi meraikan para pelajar tahun akhir program diploma ukur bahan, majlis Hi-Tea ini telah diadakan sebagai ucapan perpisahan. Majlis ini telah diadakan di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid pada petang 17 hb Feb 2017. Majlis ini juga disertai oleh para pelajar tahun satu diploma ukur bahan dan beberapa orang pensyarah.







                                  majis dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis



                                   seterusnya majlis diserikan dengan persembahan silat



                              antara pensyarah yang hadir Sir Qayyum dan Puan Rosmiza


                                                 acara kemuncak untuk majlis ini


                                      persembahan nyanyian daripada pelajar tahun satu


                                            persembahan daripada pelajar tahun tiga


                                 ucapan sepatah dua kata daripada wakil pelajar tahun tiga


                                        persembahan piano daripada pelajar tahun satu



                                                 antara pemenang cabutan bertuah



                                          persembahan daripada para pelajar tahun tiga



        Setelah dijamu dengan juadah dan juga sedikit hiburan,majlis menutup tirai dengan sesi bergambar bersama antara para pelajar tahun satu dan tiga dan bersama pensyarah yang hadir.






                                      antara muka-muka riang yang sempat dirakamkan.

Oleh itu, kami para pelajar tahun satu mengucapkan selamat maju jaya kepada semua para pelajar tahun tiga dan semoga berjaya untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Semoga kita berjumpa lagi pada masa yang akan datang.


Monday

QS OUTREACH 2015

Persatuan QSBina telah mengadakan satu Program Rekreasi dan Sukarelawan di Ulu Chepor, Perak .
Kami melakukan kerja-kerja amal dan permbersihan di sekitar tapak Ulu Chepor. Membersihkan sungai, mengutip sampah dan sebagainya. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kami serta dapat mengekalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti rekreasi yang dilakukan. Bak kata pepatah, "Badan Sihat Otak Cerdas ".


Setelah sampai di destinasi, kami terlebih dahulu menuju ke tapak perkhemahan untuk meletakkan barang-barang dan memasang khemah serta memasak bagi makan tengahari.

Tapak Perkhemahan di Ulu Chepor.. Luas dan Bersih !!


Baru sampai, berteduh di bawah pokok dahulu, nanti kulit hitam..


Berbincang mengenai perjalan program .. 
Panassss, di bawah sinaran cahaya mentari yang terikk ~


Aktiviti memasang khemah .. Kerjasama yang baik dari semua Mahasiswa Lelaki !!


Setelah selesai meletekkan barang dan mamasang khemah, kami bersama-sama menyiapkan makan tengahari sebelum melakukan aktiviti - aktiviti permbersihan bagi mendapatkan tenaga .. Kami juga minum air 100+ Plus untuk kecergasan berganda !!



Ahli Jawatankuasa tengah siapkan makanan.. Nyummm2

Chop !! Chop !! Chop !!
                            

Aktiviti membersihkan sungai dimulakan .. 


Kerja-kerja membersih kawasan rekreasi Ulu Chepor terus dijalankan.


Kami dibawa ke air terjun daripada komando utama aktiviti pembersihan di kawasan rekreasi Ulu Chepor bagi merehatkan dan menyegarkan tubuh badan setelah penat mengutip sampah-sarap.


Chillax di waterfall ... ~~


Unggun Api untuk BBQ sebagai menu makan malam..

Pada keesokkan harinya, kami meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Chepor dengan perasaan yang sungguh gembira bersama-sama kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Alhamdulillah, Program ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan dengan kerjasama yang amat baik daripada semua.













Tuesday

Annual General Meeting (AGM) 2014 / 2015

Pada hari Jumaat yang bertarikh 19 Disember 2014, AGM telah diadakan di dewan jumaah yang bertempat di dewan besar kampus UTM KL. AGM merupakan program tahunan bagi kursus Diploma Ukur Bahan bagi melantik ahli jawatankuasa yang baru. Ahli jawatankuasa dilantik daripada kalangan pelajar-pelajar tahun satu. Undian-undian telah diadakan bagi melantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru.  Segala program-program yang dianjurkan sepanjang tahun akan dibincangkan dengan teliti. Begitu juga dengan hal-hal kewangan yang telah digunakan bagi menjayakan program-program tersebut. 

Berikut merupakan ahli-ahli jawatankuasa QSBina yang baru pada tahun 2015 :

Pengerusi: Mohamad Azarif Bin Abdul Majid
N.Pengerusi : Amin Bin Arshad
Setiausaha : Koh Fung Chieng 
Bendahari : Infitah Kamaliah Binti Mohd. Faisal
Exco Akademik : Mohd. Syafiq Bin Johari
Exco Kerohanian : Muhammad Ramzi Bin Fazli
Exco Kesukanan : Muhammad Khairul Bin Sharif
Exco Keusahawanan : Siti Nuradlina Binti Mohammad Zabir
Exco Multimedia : Muhammad Faisal Na'im Bin Norman Iskandar
Exco Kebajikan : Badiu'z Zaman Bin Badrul Idza

Monday

#QSFIT 2014



  Bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar, kelab mahasiswa QS Bina UTM KL telah mengadakan hari sukan yang bertemakan #QSFIT pada 13 Disember 2014. Bertempat di Gelanggang Futsal Kolej Kediaman Siswa Jaya, program ini disertai lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahan satu, dua dan tiga diploma ukur bahan serta para pensyarah kursus. Sesi pendaftaran bermula seawal 7.30 pagi. Selepas itu, aktiviti senamrobik dilakukan sebagai pemanas badan.


Para peserta mendaftar di meja urusetia

Aktiviti senamrobik sebagai pemanas badan
  Para peserta dibahagikan mengikut beberapa rumah sukan iaitu merah, biru, kuning, hijau, ungu, dan oren. Setiap rumah akan bersaing untuk mendapatkan mata dari setiap aktiviti yang dipertandingkan bagi merebut gelaran juara. Setiap aktiviti dianggarkan berlangsung selama 15 minit hingga 20 minit.

              Peserta ditempatkan mengikut rumah sukan                  
Permainan dimulakan, isi air dalam botol
Aktiviti seterusnya, lumba terompah
Tiup belon sampai pecah
Tiup tepung sampai muntah
Punching max, memancing botol menggunakan paku

Aktiviti ini memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi
  Aktiviti cabutan bertuah juga diadakan sebagai selingan pada setiap aktiviti. Beberapa nombor dicabut dari kotak undi dan hadiah cabutan disampaikan oleh wakil pensyarah, Puan Rafiza bt. Mohamed.

Antara hadiah cabutan bertuah
Puan Rafiza menyampaikan hadiah kepada yang bertuah
Permainan 'poison ball' pula dimulakan
Peserta permainan ini perlu mengelakkan diri daripada terkena bola yang dibaling

Aktiviti 'couple run' memerlukan dua orang pemain berjalan sambil kaki diikat antara satu sama lain.
Aktiviti laga bola, memerlukan kerjasama yang tinggi untuk berjaya
Aktiviti paling mencabar, balloon war

'Semakin jauh semakin semakin sayang'?
Aktiviti terakhir, tarik tali
Satu-satunya aktiviti yang melibatkan semua ahli rumah sukan

Berusaha!
Keputasan permainan dipaparkan di papan mata

  Aktiviti hari sukan ini sudah sampai ke kemuncaknya iaitu acara penyampaian hadiah. Hadiah yang berupa hamper disampaikan oleh wakil pensyarah, Puan Rafiza bt. Mohamed kepada semua rumah sukan yang bertanding. Sebelum bersurai, para peserta dibekalkan dengan makanan tengahari memandangkan program ini berakhir pada kira-kira jam 1 tengahari.

Hamper untuk semua rumah sukan
Wakil setiap rumah mengambil hamper
Juara keseluruhan jatuh kepada rumah oren.

  Alhamdulilah, program ini berakhir dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah yang berlaku semasa program ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada urusetia yang bertungkus lumus serta para peserta yang memberikan kerjasama bagi memastikan program ini berjalan lancar. Diharap program seperti ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat.