Bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar, kelab mahasiswa QS Bina UTM KL telah mengadakan hari sukan yang bertemakan #QSFIT pada 13 Disember 2014. Bertempat di Gelanggang Futsal Kolej Kediaman Siswa Jaya, program ini disertai lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahan satu, dua dan tiga diploma ukur bahan serta para pensyarah kursus. Sesi pendaftaran bermula seawal 7.30 pagi. Selepas itu, aktiviti senamrobik dilakukan sebagai pemanas badan.
 |
Para peserta mendaftar di meja urusetia |
 |
Aktiviti senamrobik sebagai pemanas badan |
Para peserta dibahagikan mengikut beberapa rumah sukan iaitu merah, biru, kuning, hijau, ungu, dan oren. Setiap rumah akan bersaing untuk mendapatkan mata dari setiap aktiviti yang dipertandingkan bagi merebut gelaran juara. Setiap aktiviti dianggarkan berlangsung selama 15 minit hingga 20 minit.
 |
Peserta ditempatkan mengikut rumah sukan |
 |
Permainan dimulakan, isi air dalam botol |
 |
Aktiviti seterusnya, lumba terompah |
 |
Tiup belon sampai pecah |
 |
Tiup tepung sampai muntah |
 |
Punching max, memancing botol menggunakan paku |
 |
Aktiviti ini memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi |
Aktiviti cabutan bertuah juga diadakan sebagai selingan pada setiap aktiviti. Beberapa nombor dicabut dari kotak undi dan hadiah cabutan disampaikan oleh wakil pensyarah, Puan Rafiza bt. Mohamed.
 |
Hamper untuk semua rumah sukan |
 |
Wakil setiap rumah mengambil hamper |
 |
Juara keseluruhan jatuh kepada rumah oren.
Alhamdulilah, program ini berakhir dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah yang berlaku semasa program ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada urusetia yang bertungkus lumus serta para peserta yang memberikan kerjasama bagi memastikan program ini berjalan lancar. Diharap program seperti ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat.
|
No comments:
Post a Comment