Monday

QS OUTREACH 2015

Persatuan QSBina telah mengadakan satu Program Rekreasi dan Sukarelawan di Ulu Chepor, Perak .
Kami melakukan kerja-kerja amal dan permbersihan di sekitar tapak Ulu Chepor. Membersihkan sungai, mengutip sampah dan sebagainya. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kami serta dapat mengekalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti rekreasi yang dilakukan. Bak kata pepatah, "Badan Sihat Otak Cerdas ".


Setelah sampai di destinasi, kami terlebih dahulu menuju ke tapak perkhemahan untuk meletakkan barang-barang dan memasang khemah serta memasak bagi makan tengahari.

Tapak Perkhemahan di Ulu Chepor.. Luas dan Bersih !!


Baru sampai, berteduh di bawah pokok dahulu, nanti kulit hitam..


Berbincang mengenai perjalan program .. 
Panassss, di bawah sinaran cahaya mentari yang terikk ~


Aktiviti memasang khemah .. Kerjasama yang baik dari semua Mahasiswa Lelaki !!


Setelah selesai meletekkan barang dan mamasang khemah, kami bersama-sama menyiapkan makan tengahari sebelum melakukan aktiviti - aktiviti permbersihan bagi mendapatkan tenaga .. Kami juga minum air 100+ Plus untuk kecergasan berganda !!



Ahli Jawatankuasa tengah siapkan makanan.. Nyummm2

Chop !! Chop !! Chop !!
                            

Aktiviti membersihkan sungai dimulakan .. 


Kerja-kerja membersih kawasan rekreasi Ulu Chepor terus dijalankan.


Kami dibawa ke air terjun daripada komando utama aktiviti pembersihan di kawasan rekreasi Ulu Chepor bagi merehatkan dan menyegarkan tubuh badan setelah penat mengutip sampah-sarap.


Chillax di waterfall ... ~~


Unggun Api untuk BBQ sebagai menu makan malam..

Pada keesokkan harinya, kami meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Chepor dengan perasaan yang sungguh gembira bersama-sama kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Alhamdulillah, Program ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan dengan kerjasama yang amat baik daripada semua.













No comments:

Post a Comment