Monday

QS OUTREACH 2015

Persatuan QSBina telah mengadakan satu Program Rekreasi dan Sukarelawan di Ulu Chepor, Perak .
Kami melakukan kerja-kerja amal dan permbersihan di sekitar tapak Ulu Chepor. Membersihkan sungai, mengutip sampah dan sebagainya. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kami serta dapat mengekalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti rekreasi yang dilakukan. Bak kata pepatah, "Badan Sihat Otak Cerdas ".


Setelah sampai di destinasi, kami terlebih dahulu menuju ke tapak perkhemahan untuk meletakkan barang-barang dan memasang khemah serta memasak bagi makan tengahari.

Tapak Perkhemahan di Ulu Chepor.. Luas dan Bersih !!


Baru sampai, berteduh di bawah pokok dahulu, nanti kulit hitam..


Berbincang mengenai perjalan program .. 
Panassss, di bawah sinaran cahaya mentari yang terikk ~


Aktiviti memasang khemah .. Kerjasama yang baik dari semua Mahasiswa Lelaki !!


Setelah selesai meletekkan barang dan mamasang khemah, kami bersama-sama menyiapkan makan tengahari sebelum melakukan aktiviti - aktiviti permbersihan bagi mendapatkan tenaga .. Kami juga minum air 100+ Plus untuk kecergasan berganda !!



Ahli Jawatankuasa tengah siapkan makanan.. Nyummm2

Chop !! Chop !! Chop !!
                            

Aktiviti membersihkan sungai dimulakan .. 


Kerja-kerja membersih kawasan rekreasi Ulu Chepor terus dijalankan.


Kami dibawa ke air terjun daripada komando utama aktiviti pembersihan di kawasan rekreasi Ulu Chepor bagi merehatkan dan menyegarkan tubuh badan setelah penat mengutip sampah-sarap.


Chillax di waterfall ... ~~


Unggun Api untuk BBQ sebagai menu makan malam..

Pada keesokkan harinya, kami meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Chepor dengan perasaan yang sungguh gembira bersama-sama kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Alhamdulillah, Program ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan dengan kerjasama yang amat baik daripada semua.













Tuesday

Annual General Meeting (AGM) 2014 / 2015

Pada hari Jumaat yang bertarikh 19 Disember 2014, AGM telah diadakan di dewan jumaah yang bertempat di dewan besar kampus UTM KL. AGM merupakan program tahunan bagi kursus Diploma Ukur Bahan bagi melantik ahli jawatankuasa yang baru. Ahli jawatankuasa dilantik daripada kalangan pelajar-pelajar tahun satu. Undian-undian telah diadakan bagi melantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru.  Segala program-program yang dianjurkan sepanjang tahun akan dibincangkan dengan teliti. Begitu juga dengan hal-hal kewangan yang telah digunakan bagi menjayakan program-program tersebut. 

Berikut merupakan ahli-ahli jawatankuasa QSBina yang baru pada tahun 2015 :

Pengerusi: Mohamad Azarif Bin Abdul Majid
N.Pengerusi : Amin Bin Arshad
Setiausaha : Koh Fung Chieng 
Bendahari : Infitah Kamaliah Binti Mohd. Faisal
Exco Akademik : Mohd. Syafiq Bin Johari
Exco Kerohanian : Muhammad Ramzi Bin Fazli
Exco Kesukanan : Muhammad Khairul Bin Sharif
Exco Keusahawanan : Siti Nuradlina Binti Mohammad Zabir
Exco Multimedia : Muhammad Faisal Na'im Bin Norman Iskandar
Exco Kebajikan : Badiu'z Zaman Bin Badrul Idza