Thursday

Majlis Khatam Al-Quran 1435H

      Pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435 Hijrah, telah berlangsungnya program Khatam AL-Quran di bilik kuliah 2, Kolej Kediaman Siswa Jaya yang melibatkan pelajar tahun satu dan dua diploma ukur bahan. Untuk makluman, program tadarus Al-Quran telah dijalankan setiap hari selepas solat terawikh oleh para pelajar mengikut kumpulan. Antara  objektif program ini dijalankan ialah untuk menanam rasa cinta terhadap Al-Quran dan melancarkan dan memantapkan bacaan Al-Quran.










Aturcara Majlis Khatam Quran

6.15 petang : semua pelajar berkumpul di bilik kuliah 2
6.30 petang : Bacaan doa oleh Ahmad Faris Bin Che Sofi
6.35 petang : Majlis khatam bermula
7.05 malam : Seisi tazkirah sementara menunggu waktu berbuka
7:30 malam : Masuk waktu berbuka dan para pelajar menjamu selera 
7:50 malam : Majlis bersurai

No comments:

Post a Comment