Thursday

Majlis Khatam Al-Quran 1435H

      Pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435 Hijrah, telah berlangsungnya program Khatam AL-Quran di bilik kuliah 2, Kolej Kediaman Siswa Jaya yang melibatkan pelajar tahun satu dan dua diploma ukur bahan. Untuk makluman, program tadarus Al-Quran telah dijalankan setiap hari selepas solat terawikh oleh para pelajar mengikut kumpulan. Antara  objektif program ini dijalankan ialah untuk menanam rasa cinta terhadap Al-Quran dan melancarkan dan memantapkan bacaan Al-Quran.










Aturcara Majlis Khatam Quran

6.15 petang : semua pelajar berkumpul di bilik kuliah 2
6.30 petang : Bacaan doa oleh Ahmad Faris Bin Che Sofi
6.35 petang : Majlis khatam bermula
7.05 malam : Seisi tazkirah sementara menunggu waktu berbuka
7:30 malam : Masuk waktu berbuka dan para pelajar menjamu selera 
7:50 malam : Majlis bersurai

Sunday

Iftar QS Bina 2014

     Setiap kali bulan ramadhan menjelma, satu majlis berbuka puasa di anjurkan oleh kelab QS Bina bagi merapatkan ukhwah dalam kalangan ahli kelab QS Bina. Tema majlis pada tahun ini ialah 'Cahaya Ramadhan'. Berlangsung pada 16 Julai 2014,  majlis yang diadakan di dewan besar UTM KL kali ini turut disertai para alumni, mahasiswa tahun 1,2,3 dan juga para pensyarah. 

Ketibaan para tetamu seawal jam 7 petang
Sesi pendaftaran bagi mereka yang baru hadir
Bacaan Yassin sementara menunggu waktu berbuka
Berbuka ringan selepas masuk waktu maghrib
Para tetamu beratur ketika mengambil juadah yang disediakan
Para tetamu menikmati juadah selepas solat maghrib
Antara beberapa orang pensyarah yang hadir ke majlis ini
Seisi pengenalan pelajar senior tahun 3
Para alumni turut tidak terkecuali untuk memperkenalkan diri
Antara yang bertuah menerima hadiah cabutan bertuah
Antara mereka yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini
Sesi bergambar sebelum majlis bersurai
      Alhamdulilah, majlis berbuka puasa pada kali ini berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan juga tetamu yang hadir kerana memberikan kerjasama sepanjang majlis berlangsung. Semoga program tahunan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.