Bersempena dengan kemasukan pelajar tahun satu diploma ukur bahan, persatuan QS-BINA telah mengadakan program Induksi pada 20 hingga 22 jun 2014. Program yang diadakan setiap tahun ini adalah sebagai tanda perkenalan dengan ahli kelab yang baru iaitu pelajar tahun satu. Sehubungan dengan itu, program Induksi yang berlangsung di Nur Laman Bestari, Ulu Yam ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang tiga hari program diadakan.
 |
Para pelajar tiba di tapak kem |
 |
Taklimat pembukaan oleh kem komanden |
 |
Aktiviti pertama, memasang khemah oleh pelajar tahun satu |
 |
Fasilitator turut membantu |
 |
Khemah siap dipasang |
 |
Perbincangan mereka logo kumpulan |
 |
Sesi perbentangan logo kumpulan |
Pada sebelah malam pula, Modul 1 disampaikan oleh Puan Rosmiza. Modul yang berlangsung hampir dua jam ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tahun satu mengenai teknik mencatat nota dan mind mapping.
 |
Modul teknik mencatat nota dan mind mapping disampaikan oleh Puan Rosmiza |
 |
Para pelajar khusyuk medengar taklimat. |
Pada keesokkan paginya pula, aktiviti dimulakan dengan senaman pagi dan juga beberapa permainan yang dilakukan secara berkumpulan.
 |
Permainan perkataan |
 |
Mandi-manda |
 |
Kedatangan pelajar senior tahun tiga menceriakan lagi keadaan |
 |
Persembahan malam kebudayaan
Hari terakhir di Ulu Yam, aktiviti Explorace berlangsung. Sebelum Explorace bermula, para peserta melakukan senaman pemanas badan. Mempunyai 6 checkpoint, para peserta akan diberikan cabaran tertentu di setiap checkpoint dan akan didenda sekiranya gagal menyelesaikan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
|
 |
Senaman pemanas badan |
 |
Menara batu, antara cabaran yang diberi ketika Explorace |
 |
Mendaki bukit Al-Hambra
Setelah selesai aktiviti Explorace, para pelajar diminta bersiap sedia untuk pulang. Majlis penutup ringkas diadakan sebelum bertolak pulang. Diharap program Induksi kali ini tercapai objektifnya dan diperbaiki kelemahannya untuk penganjuran pada tahun hadapan.
|
No comments:
Post a Comment