SEMBANG QS @ SM TEKNIK
TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
15 Februari 2014 (Sabtu) : Kelab Mahasiswa QS-Bina telah mengadakan program
Sembang QS yang bertempat di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus (SMTTJ). Seramai 22 orang pelajar Diploma Ukur
Bahan(DDQ) melibatkan penglibatan pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 serta diiringi
oleh dua (2) orang pensyarah pengiring dari Pn Rosmiza bt Awang Noh dan Cik
Noralvina binti Nazri. Program ini disertai oleh seratus tujuh puluh enam (176)
orang pelajar jurusan kejuruteraan dari Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar,
Seremban.
Program ini bertujuan untuk
memperkenalkan program Diploma Ukur Bahan yang dijalankan di Universiti Teknologi
Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) kepada pelajar di SMTTJ. Selain daripada itu
memberi pendedahan terhadap peranan dan penglibatan Juruukur Bahan dalam industri pembinaan.
Program ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan dan kerjasama
yang padu dari kedua – dua belah pihak. Pelbagai aktiviti yang menarik yang
telah dijalankan sepanjang program tersebut.
Program Sembang Qs berlangsung selama satu
hari bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Aktiviti
yang diadakan pada sesi pagi dimulakan dengan acara pembukaan iaitu taklimat
ringkas mengenai program Diploma Ukur Bahan di UTMKL oleh Pengarah Program
Sembang Qs, Kelab Mahasiswa QS-Bina. Selain daripada itu perkongsian ilmu mengenai
ukur bahan dan pengalaman menjadi seorang pelajar program ukur bahan di UTMKL disampaikan
oleh wakil pelajar daripada tahun 1-3. Pada sesi petang pula aktiviti bagi
melihat dan menilai pemahaman pelajar-pelajar terhadap bidang ukur bahan
sepertimana yang telah dikongsikan. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan
di mana pelajar dibahagikan kepada lima belas (15) kumpulan. Setiap kumpulan
dipimpin oleh seorang wakil Kelab Mahasiswa QS-Bina (fasilitator), UTMKL. Aktiviti
yang dijalankan membina kerangka rumah daripada kertas bersaiz A4 yang
dibekalkan. Aktiviti ini adalah berkait dengan pembelajaran dalam bidang ukur
bahan.
Selain daripada terdapat aktiviti lain
yang dijalankan bagi menilai kreativiti dan bakat pelajar SMTTJ. Penglibatan
pelajar SMTTJ amat menggalakkan di mana kerjasama berkumpulan yang ditunjukkan
amatlah baik. Melalui aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan
di antara pelajar SMTTJ dan ahli Kelab Mahasiswa QS-Bina,UTMKL. Hadiah turut
disediakan bagi pelajar SMTTJ yang berjaya. Program ini telah tamat pada
jam 5.30 petang.
 |
Persembahan oleh para pelajar SMTTJ |
 |
Pelajar dibahagikan dalam kumpulan |
 |
Setiap kumpulan akan dibantu oleh seorang fasilitator |
 |
Aktiviti membina kerangka rumah |
 |
Fasilitator membantu pelajar menjalankan aktiviti |
 |
Ujian terhadap kerangka rumah dilakukan |
 |
Seisi penyampaian cenderamata |
 |
Seisi bergambar bersama pelajar dan fasilitator |
 |
Fasilitator yang terlibat menjayakan program ini |
No comments:
Post a Comment