Tuesday


SEMBANG QS @ SM TEKNIK TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

15 Februari 2014 (Sabtu) :  Kelab Mahasiswa QS-Bina telah mengadakan program Sembang QS yang bertempat di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus (SMTTJ). Seramai 22 orang pelajar Diploma Ukur Bahan(DDQ) melibatkan penglibatan pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 serta diiringi oleh dua (2) orang pensyarah pengiring dari Pn Rosmiza bt Awang Noh dan Cik Noralvina binti Nazri. Program ini disertai oleh seratus tujuh puluh enam (176) orang pelajar jurusan kejuruteraan dari Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan program Diploma Ukur Bahan yang dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) kepada pelajar di SMTTJ. Selain daripada itu memberi pendedahan terhadap peranan dan penglibatan  Juruukur Bahan dalam industri pembinaan. Program ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan dan kerjasama yang padu dari kedua – dua belah pihak. Pelbagai aktiviti yang menarik yang telah dijalankan sepanjang program tersebut.

Program Sembang Qs berlangsung selama satu hari bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Aktiviti yang diadakan pada sesi pagi dimulakan dengan acara pembukaan iaitu taklimat ringkas mengenai program Diploma Ukur Bahan di UTMKL oleh Pengarah Program Sembang Qs, Kelab Mahasiswa QS-Bina. Selain daripada itu perkongsian ilmu mengenai ukur bahan dan pengalaman menjadi seorang pelajar program ukur bahan di UTMKL disampaikan oleh wakil pelajar daripada tahun 1-3. Pada sesi petang pula aktiviti bagi melihat dan menilai pemahaman pelajar-pelajar terhadap bidang ukur bahan sepertimana yang telah dikongsikan. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan di mana pelajar dibahagikan kepada lima belas (15) kumpulan. Setiap kumpulan dipimpin oleh seorang wakil Kelab Mahasiswa QS-Bina (fasilitator), UTMKL. Aktiviti yang dijalankan membina kerangka rumah daripada kertas bersaiz A4 yang dibekalkan. Aktiviti ini adalah berkait dengan pembelajaran dalam bidang ukur bahan.
Selain daripada terdapat aktiviti lain yang dijalankan bagi menilai kreativiti dan bakat pelajar SMTTJ. Penglibatan pelajar SMTTJ amat menggalakkan di mana kerjasama berkumpulan yang ditunjukkan amatlah baik. Melalui aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar SMTTJ dan ahli Kelab Mahasiswa QS-Bina,UTMKL. Hadiah turut disediakan bagi pelajar SMTTJ yang berjaya. Program ini telah tamat pada jam 5.30 petang.



Persembahan oleh para pelajar SMTTJ
Pelajar dibahagikan dalam kumpulan
Setiap kumpulan akan dibantu oleh seorang fasilitator
      
Aktiviti membina kerangka rumah
Fasilitator membantu pelajar menjalankan aktiviti
Ujian terhadap kerangka rumah dilakukan
Seisi penyampaian cenderamata
Seisi bergambar bersama pelajar dan fasilitator

Fasilitator yang terlibat menjayakan program ini








Saturday

Program Anak Angkat Di Sabak Bernam

     Pada 30 Januari 2014, satu program anak angkat anjuran Kelab Mahasiswa QS-Bina telah diadakan di sebuah perkampungan di Sabak Bernam. Program ini disertai oleh 30 orang ahli kelab dan seorang pensyarah pengiring, Pn. Zubaidah. Program yang berlangsung selama 4 hari ini dimulakan  dengan ceramah QS yang diadakan di Sekolah Rendah Agama Bagan Terap. Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan sepanjang 4 hari program berlangsung ialah gotong-royong, Explorace dan Hari Keluarga. Sebagai penutup program, majlis penutup dan sesi penyampaian hadiah juga diadakan. Di harap program seperti ini dapat memberikan pengalaman yang berguna kepada ahli kelab QS-Bina secara khususnya.