Tuesday

Salam Maulidur Rasul 1435 Hijrah

       
   Pernahkah kita merasai rindu pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W? Pernahkah pula kita terfikir beliau amat merindui  kita sejak dulu, kini dan selama-lamanya? Kisahnya di abadikan sehinggalah ke hari ini apabila kita meraikan hari Maulidur Rasul sempena mengenang hari kelahiran beliau tetapi adakah cinta dan rindu kita hanya sekadar itu atau mengingati beliau ketika waktu yang tertentu atau terbatas pada hari dan peristiwa tertentu sahaja? Sedarilah wahai muslimin dan muslimat bahawa rindunya pada kita semua tidak pernah hilang walaupun ketika beliau dipanggil menemui Allah pada hujung nyawanya tetap dibibirnya mengucap dan mengenang kita semua dengan kalimah “Umati..Umati” atau “Umatku..Umatku..” . Begitulah gambaran hebatnya rindu Rasulullah saw pada kita semua.Oleh itu, marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai tanda kita mencintai Rasulullah bukan sekadar pada hari sambutan maulidur rasul sahaja.

No comments:

Post a Comment