Pernahkah kita merasai rindu pada
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W? Pernahkah pula kita terfikir beliau amat merindui kita sejak
dulu, kini dan selama-lamanya? Kisahnya di abadikan sehinggalah ke hari ini
apabila kita meraikan hari Maulidur Rasul sempena mengenang hari kelahiran
beliau tetapi adakah cinta dan rindu kita hanya sekadar itu atau
mengingati beliau ketika waktu yang tertentu atau terbatas pada hari dan
peristiwa tertentu sahaja? Sedarilah wahai muslimin dan muslimat bahawa
rindunya pada kita semua tidak pernah hilang walaupun ketika beliau dipanggil
menemui Allah pada hujung nyawanya tetap dibibirnya mengucap dan mengenang kita
semua dengan kalimah “Umati..Umati” atau “Umatku..Umatku..” . Begitulah
gambaran hebatnya rindu Rasulullah saw pada kita semua.Oleh itu, marilah kita
bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk berselawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. sebagai tanda kita mencintai Rasulullah bukan sekadar pada
hari sambutan maulidur rasul sahaja.
Tuesday
Sunday
ANNUAL GENERAL MEETING 2014
Alhamdulillah, Annual General Meeting (AGM) pada tahun 2014 ini berjalan lancar. Majlis AGM ini berlangsung hari jumaat, penghulu segala hari pada tarikh 3 Januari 2014. Seperti kebiasaan, diadakan seisi pembentangan belanjawan persatuan oleh barisan Majlis Tertinggi sebelum mereka mengundurkan diri. Tampuk pemerintahan kini diterajui oleh Mohd Aziq bin Sahari selaku presiden persatuan QS Bina yang baharu di bantu dengan barisan MT dan juga exco-exco yang dilantik. Perlantikan dilakukan secara demokrasi melalui proses pengundian oleh ahli persatuan dari pelajar tahun satu hingga tahun tiga yang boleh dikatakan telus dan adil. Berikut merupakan nama-nama baru yang telah mengambil alih jawatan dan akan memulakan tugas secara rasminya:
Presiden: Mohamad Aziq bin Sahari
Naib Presiden: Muhammad Zahir bin Wulul Azmi
Setiausaha: Nur Farahin Yasmin binti Abdul Razak
Bendahari: Syaheerah binti Abdul Ghani
Exco:
Akademik: Nur Zuliana binti Jailani
Kerohanian: Ahmad Faris bin Che Sofi
Kesukanan: Muhammad Aqib Nazanee bin Mohd Supardini
Multimedia: Ahmad Fairus bin Ithnin
Keusahawanan
dan Tajaan: Nurul Shafikah binti Fadzil
Kebajikan: Nursuryati binti Asri
Wednesday
Selamat Tahun Baru
Subscribe to:
Posts (Atom)