Monday

#QSFIT 2014



  Bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar, kelab mahasiswa QS Bina UTM KL telah mengadakan hari sukan yang bertemakan #QSFIT pada 13 Disember 2014. Bertempat di Gelanggang Futsal Kolej Kediaman Siswa Jaya, program ini disertai lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahan satu, dua dan tiga diploma ukur bahan serta para pensyarah kursus. Sesi pendaftaran bermula seawal 7.30 pagi. Selepas itu, aktiviti senamrobik dilakukan sebagai pemanas badan.


Para peserta mendaftar di meja urusetia

Aktiviti senamrobik sebagai pemanas badan
  Para peserta dibahagikan mengikut beberapa rumah sukan iaitu merah, biru, kuning, hijau, ungu, dan oren. Setiap rumah akan bersaing untuk mendapatkan mata dari setiap aktiviti yang dipertandingkan bagi merebut gelaran juara. Setiap aktiviti dianggarkan berlangsung selama 15 minit hingga 20 minit.

              Peserta ditempatkan mengikut rumah sukan                  
Permainan dimulakan, isi air dalam botol
Aktiviti seterusnya, lumba terompah
Tiup belon sampai pecah
Tiup tepung sampai muntah
Punching max, memancing botol menggunakan paku

Aktiviti ini memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi
  Aktiviti cabutan bertuah juga diadakan sebagai selingan pada setiap aktiviti. Beberapa nombor dicabut dari kotak undi dan hadiah cabutan disampaikan oleh wakil pensyarah, Puan Rafiza bt. Mohamed.

Antara hadiah cabutan bertuah
Puan Rafiza menyampaikan hadiah kepada yang bertuah
Permainan 'poison ball' pula dimulakan
Peserta permainan ini perlu mengelakkan diri daripada terkena bola yang dibaling

Aktiviti 'couple run' memerlukan dua orang pemain berjalan sambil kaki diikat antara satu sama lain.
Aktiviti laga bola, memerlukan kerjasama yang tinggi untuk berjaya
Aktiviti paling mencabar, balloon war

'Semakin jauh semakin semakin sayang'?
Aktiviti terakhir, tarik tali
Satu-satunya aktiviti yang melibatkan semua ahli rumah sukan

Berusaha!
Keputasan permainan dipaparkan di papan mata

  Aktiviti hari sukan ini sudah sampai ke kemuncaknya iaitu acara penyampaian hadiah. Hadiah yang berupa hamper disampaikan oleh wakil pensyarah, Puan Rafiza bt. Mohamed kepada semua rumah sukan yang bertanding. Sebelum bersurai, para peserta dibekalkan dengan makanan tengahari memandangkan program ini berakhir pada kira-kira jam 1 tengahari.

Hamper untuk semua rumah sukan
Wakil setiap rumah mengambil hamper
Juara keseluruhan jatuh kepada rumah oren.

  Alhamdulilah, program ini berakhir dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah yang berlaku semasa program ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada urusetia yang bertungkus lumus serta para peserta yang memberikan kerjasama bagi memastikan program ini berjalan lancar. Diharap program seperti ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat.



Tuesday

LAWATAN AKADEMIK UNIVERSITAS BUNG HATTA (UBH), PADANG, INDONESIA KE UTM




Program Diploma Ukur Bahan, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada deligasi Universitas Bung Hatta (UBH), Padang, Indonesia. Mereka terdiri daripada 27 orang mahasiswa dari jurusan Diploma Teknik Ekonomi Konstruksi (ukurbahan).  

Antara objektif lawatan akademik ini ialah membolehkan para mahasiswa bertukar pendapat mengenai sektor ukur bahan di negara masing-masing selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua belah pihak. 

Rangka lawatan dari UBH adalah selama 4 Hari di UTMJB sebelum meneruskan rangka lawatan ke UTMKL selama 3 Hari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi kuliah bersama pensyarah dari Program ukur bahan iaitu En. Yusmady Md Junus selaku Ketua Jabatan Alam Bina mengenai Undang-undang pembinaan di Malaysia.  


Dipetik daripada: http://news.kl.utm.my/

Sunday

Eksplorasi QS di Alam Hijau: Gunung Datuk, Negeri Sembilan

Pada 23-24 Ogos 2014, persatuan mahasiswa QS Bina UTM KL telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Program yang diberi nama Eksplorasi QS di Alam Hijau ini disertai oleh kira-kira 30 orang peserta dari tahun satu dan dua diploma ukur bahan serta seorang pensyarah pengiring. Perjalanan dengan menaiki bas ini mengambil masa kira-kira 2 jam. Sesudah sampai di Hutan Lipur Gunung Datuk, para peserta dijamu dengan makan tengah hari. 



Bersiap sedia untuk bertolak


Dah sampai?

Setibanya di Hutan Lipur Gunung Datuk, kami disambut dengan makanan.



Aktiviti pertama, para peserta di ajar cara mendirikan khemah dengan betul. Hal ini penting untuk memastikan khemah tidak rosak dan boleh digunakan untuk tempoh waktu yang lebih lama. Selepas selesai aktiviti memasang khemah,aktiviti Explorace pula dijalankan pada waktu petang. Walaupun hujan ketika aktiviti Explorace berlangsung, ia tidak mematahkan semangat semua kumpulan untuk menamatkan aktiviti Explorace ini dengan jayanya. Pada sebelah malam pula, sedikit taklimat tentang pendakian pada keesokkan paginya diberi. 

Fasilitator memberi tunjuk ajar cara memasang khemah dengan betul


Khemah berjaya didirikan


Aktiviti Explorace bermula!
Peserta bekerjasama melengkapkan puzzle


Menyelesaikan tugasan yang diberi untuk ke checkpoint yang seterusnya


Lauk ayam sekali lagi menjadi menu utama pada waktu makan malam


Kumpulan yang kalah didenda untuk menghidangkan makan malam kepada para peserta
Sesi makan bersuap

Para fasilitator memberi sedikit taklimat berkenaan pendakian pada esok pagi


Permainan 'burung,sangkar,pemburu' sebelum peserta masuk tidur
Pukul 4 pagi, pendakian dimulakan


Sebelum mendaki, para peserta diberi rehat yang secukupnya. Aktiviti senaman memanaskan badan adalah penting bagi mengelakkan kekejangan otot ketika mendaki. Selepas semua keperluan pendakian disiap sediakan, pendakian dimulakan seawal pukul 4 pagi dengan bimbingan beberapa orang fasilitator yang turut serta dalam pendakian tersebut.                                 



Berehat sebentar
Pendakian semakin hampir ke puncak
Kawasan tapak perkhemahan berdekatan puncak gunung Datuk


Mari menuju ke puncak
Akhirnya sampai jua

Puncak gunung datuk yang berketinggian 885 meter dari aras laut ini akhirnya berjaya ditawan oleh kesemua peserta kira-kira pada pukul 8:30 pagi Ahad, 24 Ogos 2014. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan kesemua peserta selamat turun ke Hutan Lipur semula kira-kira pada pukul 12 tengah hari.