Pada 23-24 Ogos 2014, persatuan mahasiswa QS Bina UTM KL telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Program yang diberi nama Eksplorasi QS di Alam Hijau ini disertai oleh kira-kira 30 orang peserta dari tahun satu dan dua diploma ukur bahan serta seorang pensyarah pengiring. Perjalanan dengan menaiki bas ini mengambil masa kira-kira 2 jam. Sesudah sampai di Hutan Lipur Gunung Datuk, para peserta dijamu dengan makan tengah hari.
 |
Bersiap sedia untuk bertolak |
 |
Dah sampai? |
 |
Setibanya di Hutan Lipur Gunung Datuk, kami disambut dengan makanan.
Aktiviti pertama, para peserta di ajar cara mendirikan khemah dengan betul. Hal ini penting untuk memastikan khemah tidak rosak dan boleh digunakan untuk tempoh waktu yang lebih lama. Selepas selesai aktiviti memasang khemah,aktiviti Explorace pula dijalankan pada waktu petang. Walaupun hujan ketika aktiviti Explorace berlangsung, ia tidak mematahkan semangat semua kumpulan untuk menamatkan aktiviti Explorace ini dengan jayanya. Pada sebelah malam pula, sedikit taklimat tentang pendakian pada keesokkan paginya diberi.
|
 |
Fasilitator memberi tunjuk ajar cara memasang khemah dengan betul |
 |
Khemah berjaya didirikan |
 |
Aktiviti Explorace bermula! |
 |
Peserta bekerjasama melengkapkan puzzle |
 |
Menyelesaikan tugasan yang diberi untuk ke checkpoint yang seterusnya |
 |
Lauk ayam sekali lagi menjadi menu utama pada waktu makan malam |
 |
Kumpulan yang kalah didenda untuk menghidangkan makan malam kepada para peserta |
 |
Sesi makan bersuap |
 |
Para fasilitator memberi sedikit taklimat berkenaan pendakian pada esok pagi |
 |
Permainan 'burung,sangkar,pemburu' sebelum peserta masuk tidur |
 |
Pukul 4 pagi, pendakian dimulakan |
Sebelum mendaki, para peserta diberi rehat yang secukupnya. Aktiviti senaman memanaskan badan adalah penting bagi mengelakkan kekejangan otot ketika mendaki. Selepas semua keperluan pendakian disiap sediakan, pendakian dimulakan seawal pukul 4 pagi dengan bimbingan beberapa orang fasilitator yang turut serta dalam pendakian tersebut.
 |
Berehat sebentar |
 |
Pendakian semakin hampir ke puncak |
 |
Kawasan tapak perkhemahan berdekatan puncak gunung Datuk |
 |
Mari menuju ke puncak |
 |
Akhirnya sampai jua |
Puncak gunung datuk yang berketinggian 885 meter dari aras laut ini akhirnya berjaya ditawan oleh kesemua peserta kira-kira pada pukul 8:30 pagi Ahad, 24 Ogos 2014. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan kesemua peserta selamat turun ke Hutan Lipur semula kira-kira pada pukul 12 tengah hari.