Friday

Riang Ria Raya.

Dengan bertemakan ‘Glitter Glamour’, raya kali ini disambut meriah. Hiasan keliling dewan cantik, diteliti hampir sempurna. Tidak lupa juga pengunjung yang hadir, se-glamour seperti temanya. Pakaian segak dan anggun belaka yang kena dengan pemakainya Dimeriahkan dengan lakonan khas, berbalas balas pantun sesama pengunjung, serta beberapa aktiviti yang kami kira menyeronokkan.


Presiden QS-BINA memberikan sepatah dua kata.

:)





Iftar. "Sinar Ramadhan."

Puasa kali ini disambut sederhana, dilengkapi solat Isyak serta solat Tarawih. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada Allah dan pihak pengurusan.

Makan!
Pelajar tahun 3 yang hadir diminta seorang demi seorang untuk memperkenalkan diri.


Solat Tarawih juga tidak dilupa.


:)

INDUKSI 2013

Seperti adat kebiasaan tahun tahun sebelumnya, aktiviti Induksi dilaksanakan sebagai tanda perkenalan kami dengan pelajar baru. Aktiviti kali ini dijalankan di Sungai Congkak. Aktiviti induksi ini Alhamdulillah syukur, berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Berjaya mencapai objektif, hubungan kami bersama pelajar baru berjaya dijalin dan tali kemesraan berjaya dihubung.











Wednesday

Semarak Qaseh.

Kami ke rumah bakti Al-Kausar di seksyen 4, Bangi untuk berjumpa dan seterusnya beraktiviti dengan anak-anak kecil di sana. Mereka juga berhak bergembira, kan? 

Di sini, kami berjumpa dengan anak-anak kecil yang dikenali dengan berbagai latar belakang. Ada diantaranya, berumur 5 tahun sudah berkerja di kilang besi dan dibayar RM1 sehari (sangat menyentuh hati bukan?).









Kita sebagai insan yang masih punya ibu, yang masih punya bapa, hargailah mereka sementara ada. Di sana, kami dengar pelbagai keluhan dan luahan, menyatakan rindu pada keduanya.

Kenduri QS.

"Sepakat membawa berkat"

Di hari ini, kami mengadakan majlis kenduri dan disertai oleh hampir semua pelajar tahun 1, 2 dan 3 serta beberapa pensyarah. Segala masakan dibuat sendiri bersama, dari basuh ayam sehinggalah tersiap sedia "tinggal nak makan je", dari beras menjadi nasi, dari bekas tangan apek penjual sayur sehinggalah duduknya di dalam kuali panas. Satu alternatif yang dirancang oleh pelajar tahun 2 untuk mengeratkan silaturahim sesama semua pelajar. Dan Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan perut mereka terisi dengan gembiranya.

Dinner.

Pada malam selepas berpenat berlelah sambil bergembira, aktiviti diteruskan dengan makan malam yang bertemakan ‘Masquerade’. Semuanya anggun belaka mengenakan topeng pada muka masing masing. Memakai tuxedo seperti orang kenamaan, mengenakan kemeja segak belaka, kebaya tradisional juga tidak dilupakan serta peplum comel yang kena dengan pemakainya.

Mari lihat sedikit sebanyak gambar yang memaparkan kumbang-kumbang segak dan bunga-bunga anggun pada malam itu.






Persembahan juga diadakan pada malam itu, 






KESUMA!

Seperti tahun tahun sebelumnya, KESUMA akan dilaksanakan sebagai alternatif untuk memperkenalkan serta mengeratkan jalinan antara tahun 3 kepada tahun 1 juga tahun 1 kepada tahun 3. Tak lupa juga merapatkan silaturrahim antara semua pelajar tidak kira tahun 1, 2 dan 3 mahupun para pensyarah. Pada tahun ini, ia dilaksanakan di Casa Rachado, Port Dickson, tempat yang cantik lagi menarik. Aktiviti sukan yang dirancang dengan kemas, Alhamdulillah akhirnya berjalan lancar. Banyak aktiviti menarik dijalankan! Mari kita lihat serba sedikit titipan dari Port Dickson sana!










Tunggu bas....














....sampai!






Sampai saja di sana, sudah mula aktiviti pertama. Yang jejaka bermain futsal, yang perempuan bermain bola jaring.
Hebat!





Kemudian, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sudah semestinya disekalikan pelajar tahun 1, 2 dan 3 dalam satu kumpulan (boleh berkenal-kenalan).

Pelbagai aktiviti disini. Tarik tali, sambut bola air dan sebagainya.















:)