Tuesday

"Saya Sihat" (FYE) di Nur Lembah Pangsun.

Pada Sabtu 21 Disember, telah diadakan satu aktiviti yang sangat menarik diberi nama 'Saya Sihat', di Nur Lembah Pangsun. Bertolak dari KSJ pada jam 8:00 pagi, dan sampai di lokasi yang dituju pada 11:00 pagi. Sampai sahaja disana, terus makan (tak payah cakap banyak, makan dulu). Kemudian terus diadakan aktiviti pertama, iaitu pembahagian kumpulan dan cheers kumpulan.

Terdapat 4 aktiviti asas yang telah diadakan di sana iaitu:
1. Obstacle (Merentasi halangan.)
2. Water confidence. (Berendam dalam air)
3. Flying fox.
4. Berakit.


Team Juara!

:)


p/s: maaf, tiada gambar yang diambil oleh pelajar sewaktu semua aktiviti dijalankan kecuali berakit. tiada jurukamera yang bertugas pada waktu itu. semua pelajar terlibat dengan aktiviti.

Cara Mencatat Nota (Puan Rosmiza) dan 'How to Improve Communication Skills' (Cik Karimah). First Year Experience. (FYE)

Pada minggu ini diadakan pula modul untuk Cara Mencatat Nota yang diberikan oleh Puan Rosmiza dan 'How to Improve Communication Skills' yang disampaikan oleh Cik Karimah.




Wednesday

Cara Membuat Peta Minda oleh Puan Siti Nurhuda. First Year Experience (FYE).

Pada hari pertama kuliah lagi kami-semua pelajar program diploma Ukur Bahan telah disajikan dengan ceramah inovatif dari Puan Siti Nurhuda yang memberi pendekatan tentang cara membuat peta minda yang betul dan 'tidak serabut'.

Selepas ceramah, semua pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk aktiviti yang memerlukan kami semua untuk mengaplikasikan apa yang baru sahaja dipelajari.








Lawatan Akademik Pelajar Universitas Bung Hatta ke UTM Bersama Pelajar Diploma Ukur Bahan.

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada deligasi Universitas Bung Hatta (UBH), Padang, Indonesia. Mereka terdiri daripada 21 orang mahasiswa dari jurusan Diploma Teknik Ekonomi Konstruksi (ukur bahan) dan diiringi oleh 2 orang pensyarah iaitu Ibu Dwifitria Y. Jumas dan Ibu Sesmiwati.


Welcome back!

Selamat kembali! Welcome back!

Selamat kembali ke UTM, universiti kebanggaan kita semua selepas masing masing seronok bercuti di rumah mahupun di tempat bercuti.

Selamat kembali belajar-seperti-biasa kepada semua pelajar tahun 3 selepas mengharungi alam pekerjaan selama 1 sem, dan selamat kembali belajar kepada semua pelajar tahun 2 dan tahun 1 yang sememangnya belajar.

Bersama kita mengharumkan nama QS-BINA di UTM, dan di dalam mahupun luar negara.
Insyaallah :)


Friday

Riang Ria Raya.

Dengan bertemakan ‘Glitter Glamour’, raya kali ini disambut meriah. Hiasan keliling dewan cantik, diteliti hampir sempurna. Tidak lupa juga pengunjung yang hadir, se-glamour seperti temanya. Pakaian segak dan anggun belaka yang kena dengan pemakainya Dimeriahkan dengan lakonan khas, berbalas balas pantun sesama pengunjung, serta beberapa aktiviti yang kami kira menyeronokkan.


Presiden QS-BINA memberikan sepatah dua kata.

:)





Iftar. "Sinar Ramadhan."

Puasa kali ini disambut sederhana, dilengkapi solat Isyak serta solat Tarawih. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada Allah dan pihak pengurusan.

Makan!
Pelajar tahun 3 yang hadir diminta seorang demi seorang untuk memperkenalkan diri.


Solat Tarawih juga tidak dilupa.


:)